Labuan: Projek mega bersepadu komplek minyak dan gas bernilai RM 4 billion di Pulau Daat yang terhenti disini, boleh membuka kira-kira 3,000 peluang pekerjaan dan mengukuhkan status Hab minyak dan gas Labuan, akan dikaji semula dan dihidupkan untuk memberikan impak yang bermakna kepada ekonomi tempatan.
Calon PKR Tan Sri Ibrahim Menudin berkata,pakar dari dalam negara akan dipanggil untuk berunding dalam perbincangan mengenai projek tersebut. Projek yang diumumkan pada tahun 2010 itu dikatakan diterajui oleh sebuah syarikat dari China khusus dalam produk petrokimia dan penyimpanan / pengedaran.
Ia telah dilaksanakan oleh Sabah gas RG dengan pelaburan awal sebanyak RM1 bilion, dengan fasa pertama melibatkan pembinaan tangki penyimpanan dan terminal bermula tahun ini, mewujudkan 700 pekerjaan.
Tetapi sehingga kini terdapat kemajuan yang sedikit kecuali untuk beberapa kerja “earth clearance” di tapak tersebut.
Syarikat tersebut telah menandatangani MOU bernilai RM 550 juta dengan dua syarikat, dari Sabah dan Sarawak untuk membangunkan sebuah limbungan fabrikasi dan kemudahan penyimpanan bertaraf dunia.
Namun demikian, pelabur china itu menarik diri atas sebab-sebab yang tidak diketahui, menyebabkan projek tersebut terhenti.
Penjelasan yang diberikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan bandar, Datok Raja Nong Chik, ia adalah disebabkan terdapatnya “hitches” atau ganguan sementara yang menyebabkan pelabur China tidak lagi berminat. Pihak lain yang terlibat kemudiannya juga tidak menunjukkan minat.
Ibrahim berkata projek tersebut sangat penting apatah lagi Labuan mempunyai potensi. PR Labuan secara aktif akan meneruskan usaha tersebut jika ditakdirkan berkuasa, sambil menambah beliau yakin ia boleh dikaji semula melalui pendekatan yang betul.
Satu lagi projek yang diberi perhatian secara serius oleh PR Labuan ialah projek Hab Pengedaran Halal bernilai RM86 juta yang dibina di atas kira-kira 25 hektar di Kiamsam, walaupun dikatakan sudah beroperasi, ia tidak menghasilkan keputusan yang diharapkan.
Hab itu sepatutnya menghasilkan makanan laut berkualiti tinggi yang diproses untuk pasaran tempatan dan antarabangsa tetapi gagal berbuat demikian dan dikritik dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Ibrahim berkata, terdapat beberapa perkara yang tidak betul berlaku di Labuan tetapi Barisan Nasional (BN) mecanangkan kejayaan dan pembangunan walaupun pada hakikatnya tidak ada apa-apa yang luar biasa.
“Rakyat tidak harus berfikir bahawa hanya BN boleh membawa pembangunan di Labuan. PR boleh melakukan lebih baik dengan melakukan dengan cara yang betul dan bukan semata mata untuk membantu segelintir individu yang punya hubungan yang baik kerena ia hanya akan menyebabkan kekecewaan dan kegagalan sesebuah projek”.